assalamualaikumm!! ^^
entry kali ni nak sembang sembang sihat je. INSYA ALLAH, saye nak share tips untuk kekal SIHAT dan SLIM. wow! siape tak nak sihat dan slim kan? ada orang slim tapi kadang-kadang tak sihat. so, kita nak sihat dan slim kan kan kan? jom sama-sama amalkan tips ni ! :D
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan. (kunyah lama akan membuatkan makanan hancur dengan sempurna. jadi ia akan dihadam dengan cepat)
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan. (memang favourite semua orang kan amik makanan tak sihat camni. so kena kurangkan. say no to lemak-lemak food !)
3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. (paling bagus, ambil buah-buahan sebelum makan !)
4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. (cuba untuk makan malam sebelum pukul 8)
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. (makan ikut waktu yang betul cuma sederhanakan jumlahnya)
7. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
8. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul. (mulalah dengan jumlah yang sedikit dulu. 10 kali pagi 10 pagi petang 10 kali malam saya rasa sudah memadai untuk permulaan. tambah jumlah setiap hari)
okay ! tu je tips untuk kali ni. hopefully akan membantu anda untuk kekal sihat dan slim. jom kita sama-sama cuba! JAGA MAKAN YE ;)
stay healthy, stay gorgeous ;)
i'm your Shaklee Independent Distributor
ANISA.
SID : 1099702
WHATSAPP / SMS : 013-3116711
fb : Siti Anisa Wahid
page fb : ANIS' Health CARE
.jpg)

No comments:
Post a Comment